Astigmatisme
Astigmatisme disebabkan oleh kornea mata yang tidak rata
dan cahaya dari objek difokuskan samada di belakang retina, di hadapan
retina atau kedua-duanya sekali. Oleh itu, objekkelihatan kabur dan herot. Astigmatisme adalah sebuah gejala penyimpangan dalam pembentukkan bayangan pada kanta, hal ini disebabkan oleh cacat kanta yang tidak dapat memberikan gambaran atau bayangan garis vertikal dengan horizontal secara bersamaan. Penyakit mata ini juga sering disebut mata silinder.
Katarak
Katarak adalah kanta mata yang lutsinar bertukar warna
menjadi kuning susu dikenali sebagai katarak atau selaput mata. Biasanya
berlaku pada kedua-dua belah mata, dan tahapnya berbeza bagi setiap mata.
Cahaya yang memasuki mata, perlu melalui kanta untuk ke retina bagi
menghasilkan imej. Akibat kekabutan kanta (disebabkan oleh katarak), imej yang
terbentuk mengalami gangguan. Inilah yang menyebabkan pesakit katarak mengalami
gangguan penglihatan sama ada jauh ataupun dekat. Selain gangguan penglihatan,
mereka akan mengalami silau tidak kira siang atau malam, sensitif pada cahaya
lampu, halos dan diplopia (penglihatan berganda) dan gangguan penglihatan warna
pada peringkat yang serius. Namun, katarak tidak menyebabkan kesakitan
pada organ mata. Ia biasanya berpunca daripada peningkatan usia, trauma,
diabetes mellitus, merokok, toksik seperti pengambilan steroid dan kongenital
(lahir dengan katarak). Terdapat 3 jenis katarak iaitu:
1. Katarak subkapsular
2. Katarak nuklear
3. Katarak kortikal
Pesakit yang mengalami katarak subkapsular akan mengalami
silau dengan cahaya lampu kenderaan di hadapan, silau dengan cahaya matahari
dan mengalami gangguan penglihatan dekat. Pesakit dengan nuklear katarak
akan mengalami perubahan kuasa cermin mata (myopia). Pesakit dengan kortikal
katarak mengalami silau sepanjang masa.
Katarak boleh menyebabkan kebutaan. Walaubagaimanapun, tidak
semua katarak perlu dibuang. Iabergantung kepada kematangan katarak dan
keperluan penglihatan pesakit. Katarak boleh dirawat dengan pembedahan.
No comments:
Post a Comment