1.Ujian Snellan
Carta Snellan digunakan untuk menilai kejelasan
penglihatan dalam kalangan para pelajar yang sudah boleh membaca.
Carta ini dinamakan sempena seorang oftomologi Belanda
iaitu Herman Smelled yang mencipta carta ini pada tahun 1862.
Ujian ini adalah berdasarkan kadar ketajaman mata normal yang boleh membaca dan
mengenalpasti objek yang terdapat dalam jarak 20 kaki. Jarak 20 kaki digunakan
kerana sinaran cahaya yang datang dari sesuatu objek pada jarak ini adalah
selari dan tidak memerlukan biasan atau dibengkokkan oleh mata untuk difokuskan
kepada retina. Bagi memastikan retina fokus kepada objek yang lebih dekat
daripada 20 kaki, mata harus menyesuaikan dengan sinaran. Lebih dekat
objek atau huruf, lebih banyak penyesuaian perlu dilakukan. Carta ini biasanya
mempunyai sepuluh barisan dan huruf-huruf yang terdapat pada setiap barisan
akan menjadi semakin kecil pada bahagian bawah.
Prosedur
untuk menjalankan ujian ini adalah dengan mengantungkan carta Snellan di
dinding dan individu yang akan ditafsir perlu berdiri lebih kurang dalam jarak
20 kaki atau 6 meter di hadapan carta tersebut. Individu tersebut akan menutup
sebelah mata dan membaca carta tersebut dan langkah ini diulang pada mata yang
sebelah lagi. Seseorang dikatakan mempunyai ketajaman penglihatan 20/20 atau
6/6 sekiranya dia boleh membaca huruf yang terkecil terdapat dalam
barisan. Seandainya ketajaman penglihatan atau visual akuiti ditulis
6/60 bermaksud seseorang hanya mampu melihat huruf yang paling besar pada carta
snellen pada jarak 6 meter.
Selain
itu, sekiranya pesakit sukar melihat huruf yang terbesar pada carta iaitu 6/60,
optometris akan mendekatkan jarak ujian pada setiap 1 meter sehingga pesakit
melaporkan yang dia nampak huruf yang paling besar itu. Sebagai contoh pada
jarak 5 meter pesakit boleh mengenal pasti huruf yang paling besar pada carta
maka ditulis sebagai 5/60. Begitulah sebaliknya sekiranya pesakit boleh melihat
pada jarak 1 meter maka direkod sebagai 1/60. Hasil rekod ini penting bagi
mengetahui tahap keterukan penglihatan seseorang bagi
memudahkan doktor merawatnya sekiranya tahap penglihatan seperti ini
tidak boleh dibantu dengan pemakaian cermin mata.
2. Ujian Katup / Cover Test
Secara amnya, ujian ini digunakan untuk memeriksa sebaik mana mata seseorang berfungsi bersama. Semasa kita memandang objek kecil yang jaraknya agak jauh, doktor akan tutup dan membuka semula setiap mata untuk memerhatikan kekerapan mata bergerak dan memerhatikan sama ada salah satu mata menukar arah pandangan daripada objek “strabismus”.
2. Ujian Katup / Cover Test
Secara amnya, ujian ini digunakan untuk memeriksa sebaik mana mata seseorang berfungsi bersama. Semasa kita memandang objek kecil yang jaraknya agak jauh, doktor akan tutup dan membuka semula setiap mata untuk memerhatikan kekerapan mata bergerak dan memerhatikan sama ada salah satu mata menukar arah pandangan daripada objek “strabismus”.
Strabismus atau bahasa
mudahnya juling ialah keadaan otot mata yang mana menyebabkan salah satu atau
kedua-dua belah mata menghadap ke dalam atau dikenali sebagai esotropia atau
menghadap keluar exotropia, menghadap ke atas hypertropia atau
menghadap ke bawah hypotropia.
“Cover test” mempunyai dua bahagian iaitu bahagian pertama ialah unilateralcover test dan
bahagian yang kedua ialah alternating cover test. Pada bahagian
pertama iaitu semasa unilateral cover test seseorang individu
tersebut akan diminta untuk melihat objek jauh dan semasa proses ini berlaku
doktor akan mengarahkan agar pesakit tersebut memakai cermin
mata sekiranya mereka menggunakannya. Kemudian doktor atau pengamal perubatan
akan menutup sebelah mata menggunakan “occluder” dan memerhatikan
pergerakan mata pada mata yang sebelah lagi. Sekiranya mata yang tidak ditutup
bergerak untuk menfokuskan objek atau huruf yang dilihat maka pesakit tersebut
mungkin menghadapi masalah juling.
Pada bahagian kedua iaitu semasa alternating cover test “occluder’
akan bertukar dari satu mata bagi yang lain. Pengamal perubatan akan melihat
sama ada mata bergerak selepas tidak ditutup. Sekiranya mata bergerak, pesakit
disyaki menghidapi phoria.
No comments:
Post a Comment