Struktur
dalam mata terdiri daripada tiga lapisan utama iaitu lapisan luar, lapisan
tengah dan lapisan dalam. Pada setiap tunik ini terdapat bahagian penting yang
saling berkaitan antara satu dengan yang lain.
Tunik Luar ( Lapisan Pertama )
Lapisan
ini merupakan lapisan yang kuat kerana lapisan tersebut bertindak sebagai
perisai kepada bola mata bagi melindunginya daripada sebarang tekanan dan benda
keras yang boleh mencederakan mata. Lapisan ini juga menyediakan tempat pelekat
bagi otot intrinsik yang berfungsi menggerakkan bola mata. Struktur yang
terdapat pada bahagian ini ialah :
Kornea
Kornea
atau dikenali juga sebagai selaput bening adalah sebahagian sklera yang
terdapat pada bahagian hadapan bola mata. Kornea meliputi 1/6 bahagian sklera.
Kornea juga merupakan tingkap bagi mata. Kornea adalah lapisan bening yang lut
sinar berbentuk seperti kubah. Kornea membolehkan cahaya menembusinya dan
mempunyai kemampuan untuk membiaskan cahaya masuk ke dalam mata. Kornea
membantu untuk mendapatkan kadar penglihatan yang lebih baik dan jelas kepada
individu yang tidak mengalami gangguan pada bahagian kornea tersebut. Sekiranya
berlaku kerosakan yang kecil pada bahagian kornea, akan mengakibatkan gangguan
penglihatan yang berat.
Sklera
Sklera
adalah lapisan paling luar pada bola mata yang berwarna putih. Lapisan ini
kelihatan putih akibat pembalikan cahaya yang banyak pada permukaa serat yang
lut sinar. Sklera melekat longgar pada koroid oleh tisu. Selaput putih ini
merupakan jaringan pelindung bola mata paling luar. 5/6 bola mata dibungkus
oleh selaput putih sklera ini.
Tunik Tengah ( Lapisan Kedua )
Koroid
Koroid
merupakan lapisan tengah di antara retina dan sklera. Koroid bermula dari tepi
saraf optik di bahagian belakang dan bersambung ke korpus silari di bahagian
depan. Lapisan koroid merupakan lapisan berpigmen yang mengandungi banyak kapilari
darah dan berwarna gelap. Lapisan ini berfungsi membekalkan makanan dan oksigen
kepada retina. Selain itu, lapisan ini juga berfungsi menyerap dan mengelakkan
pantulan cahaya ke dalam mata. Sekiranya terdapat gangguan pada lapisan koroid,
gangguan fungsi pada bahagian retina akan berlaku.
Badan
Siliari
Badan
siliari terdiri daripada susunan otot-otot polos yang dikawal oleh sistem saraf
automatik. Badan siliari berfungsi menarik kanta melalui ligamen gantung yang
bersifat elastik dan lut sinar. Tarikan ini menyebabkan bentuk kanta boleh
dimodifikasikan untuk memfokuskan objek jauh dan dekat supaya dapat dilihat
dengan jelas. Apabila otot pada badan siliari ini mengecil, tekanan ligamen
gantung akan berkurangan dan menyebabkan kanta hanya ditarik sedikit. Sebaliknya
apabila otot badan siliari mengendur, kanta akan mengembung sedikit. Ini
membolehkan kanta memfokus objek yang jauh dengan lebih tepat supaya imej yang
terhasil lebih jelas.
Iris
Iris
merupakan bahagian yang berwarna pada mata dan dibasahi oleh akueus humor pada
kedua-dua belah permukaannya. Iris mempunyai pigmen melanin yang menentukan
warna bagi mata. Bagi orang yang berkulit putih, warna mata adalah biru kerana
pigmen gelap pada bahagian iris posterior kelihatan biru. Sebaliknya bagi
mereka yang berkulit gelap atau hitam, terdapat banyak pigmen yang termendap
pada lapisan anterior dan stroma, menyebabkan warna iris bertukar menjadi
kelabu. Sekiranya terdapat lebih banyak pigmen, iris akan kelihatan coklat.
Mereka yang tidak mempunyai pigmen adalah penghidap albinism. Bagi individu
yang menghidap albinism, mata mereka kelihatan merah jambu kerana darah di
dalam salur darah koroid dapat dilihat.
Iris juga terdiri daripada otot-otot
sirkurlar dan radial yang terdapat pada pupil( anak mata). Otot ini berfungsi
mengawal saiz anak mata di mana iris boleh membesar dan mengecil supaya
kuantiti cahaya yang masuk ke dalam mata dapat dikawal. Kuantiti cahaya yang
mencukupi diperlukan supaya ketajaman penglihatan terhasil.
Tunik Dalam ( Lapisan Ketiga )
Retina
Lapisan
ini terdiri daripada lapisan retina yang bersaraf ( nervous tunic ). Retina
merupakan struktur yang penting kerana lapisan tersebut mengandungi banyak
saraf yang berhubung dengan sel-sel penglihatan yang peka kepada cahaya. Imej
yang terfokus di retina aka dihantar dalam bentuk impuls elektrik ke bahagian
penglihatan pada otak ( korteks cerebral ) oleh saraf optik. Retina mempunyai
sel-sel penglihatan yang penting iaitu sel rod dan sel kon. Kedua-dua sel ini
sangat peka kepada cahaya. Sel rod merupakan reseptor ( penerima ) untuk
penglihatan waktu malam atau gelap ( penglihatan skotoptik ). Sel konpula
sensitif terhadap cahaya pada waktu siang atau terang ( penglihatan fotopik ).
Selain itu, sel kon juga bertanggungjawab terhadap penglihatan warna. Di
bahagian tengah retina terdapa macula dan fovea iaitu bahagian yang amat
sensitif untuk ketajaman penglihatan. Di samping itu, terdapat satu bahagian
pada retina yang dipanggil titik buta iaitu bahgian yang langsung tidak
mengandungi sel kon dan sel rod. Jika cahaya terfokus pada bahagian ini,
sebarang imej tidak akan terbentuk. Bahagian ini merupakan tempat keluarnya
saraf optik.
Struktur Lain
Kelopak
Mata
Kelopak
mata mempunyai kemampuan untuk terbuka dan tertutup. Kelopak mata akan menutup
setiap 16 detik untuk membasahi mata supaya tidak menjadi kering. Mata akan
menjadi kering sekiranya tidak tertutup untuk beberapa lama. Kelopak mata
berfungsi melindungi mata dengan menutup mata secara automatik apabila benda
tajam, angin terlalu kuat, cahaya terlalu terang, peluh atau benda asing kecil
yang tekena bulu mata maka kelopak mata secara tidak sedar akan menutup mata
dengan serta-merta. Pada keadaan tertentu kelopak mata sentiasa tertutup
seperti ketika sakit atau keadaan tidak sedar. Kerdipan mata yang bertujuan
membasahi mata menyebabkan kelopak mataakan tertutup dan terbuka. Kerdipan ini
mengelakkan kekeringan mata supaya mata tidak rosak.
Glemaca
( Vitreous Gel )
Vitreous
gel merupakan jisim separuh pepejal. Ia bersifat lembut, mengandungi bahan
gelatin yang berkaca tanpa warna yang
mengisi 4/5 bahagian rongga bola mata.
Cairan ini berfungsi memelihara bola mata supaya mempunyai bentuk bulat dan
tetap. Badan kaca ini bersifat bening yang lut sinar dan membolehkan cahaya
menembusinya. Jika berlaku kekeruhan seperti pendarahan, cahaya aka terhalang
dan menyebabkan keupayaan penglihatan terjejas.
Kanta
Kanta
kristilan merupakan struktur lut sinar yang bersifat kenyal dan tidak
mengandungi salur darah. Kanta ini berbentuk cembung ( biconcave ) dan
dibungkus oleh kapsul elastik dan berkaca. Lengkungan permukaan kanta berubah
mengikut umur iaitu berbentuk sfera ketika bayi, berbentuk sederhana cembung
setelah remaja dan menjadi nipis ketika tua.
Kanta berfungsi memfokuskan cahaya yang
masuk ke dalam mata ke bahagian retina. Kanta akan mengubah bentuknya
bergantung kepada jarak objek yang dilihat melalui proses akomodasi. Sekiranya
objek yang dilihat berada pada jarak dekat, bentuk kanta adalah cembung,
manakala objek yang berada pada kedudukan yang jauh menyebabkan bentuk kanta
lebih cekung. Kekenyalan kanta akan berkurangan mengikut peningkatan usia. Pada
usia 40 tahun ke atas, kanta tidak lagi elastik dan tidak membolehkan proses
akomodasi berlaku. Keadaan ini menyebabkan berlakunya rabun yang dipanggil
presbiopia.
Pupil
( Anak Mata )
Anak
mata atau pupil merupakan lubang yang terdapat pada selaput iris. Pupil
membolehkan cahaya masuk ke dalam bola mata secara refleks. Saiz anak mata
berubah mengikut keadaan gelap dan terang di mana pupil ini berperanan seperti
diafgram sebuah kamera. Jika cahaya terlalu kuat maka penglihatan akan menjadi
silau. Ini mengakibatkan pupil mengecil supaya cahaya yang masuk ke dalam mata
tidak terlalu banyak. Sekiranya kuantiti cahaya yang masuk ke dalam mata
terlalu banyak, kerosakan mata akan berlaku. Dalam keadaan yang gelap atau
kurang cahaya, pupil akan menjadi lebar kerana kuantiti cahay yang banyak
diperlukan untuk melihat dengan jelas. Tindakan pupil mengecil dan melebar
adalah tindakan spontan yang automatik.
Lakrimal
Apparatus
Bahagian
ini terdiri daripada kelenjar lakrimal, salur lakrimal dan pundi lakrimal.
Fungsi utamanya ialah untuk menghasilkan air mata. Air mata yang dikeluarkan
mengandungi enzim yang dikenali sebagai lysozyme yang berfungsi melawan
jangkitan bakteria yang cuba memasuki mata. Fungsi air mata juga adalah untuk
membasahi permukaan optikal supaya kornea dapat berfungsi dantidak mudah kering
serta memudahkan pergerakan kelopak mata.
Otot
Mata
Ada
enam otot mata yang berfungsi memegang sklera. Empat di antaranya disebut otot
rektus ( rektus inferior, rektus superior, rektus eksternal, dan rektus
internal ). Otot rektus berfungsi menggerakkan bola mata ke kanan, ke kiri, ke
atas dan ke bawah. Dua otot lagi ialah otot obliq atas ( superior ) dan otot
obliq bawah ( inferior ). Sekiranya berlaku kerosakan pada otot mata atau otot
tidak berfungsi dengan sempurna, individu tersebut akan mengalami juling di
mana bola mata akan bebas bergerak tanpa kawalan. Kejadian ini mengganggu proses
memfokus objek dengan tepat supaya imej yang terhasil jelas.
Saraf
Optik
Saraf
optik merupakan kumpulan saraf yang bersambung ke otak. Saraf optik adalah
saraf cranial. Dua saraf optik bertemu dan membentuk ‘optic chiasma’ di
bahagian otak. Ia menyalurkan maklumat penglihatan daripada mata ke otak. Fiber
optik bermula daripada lapisan retina dan kemudian berkumpul di bahagian
belakang mata. Ia menembusi lapisan sklera dan keluar daripada biji mata
sebagai saraf optik.